Warga Seremban, Anda Wajib Baca Sekarang!

Salam & Hi semua!

Hehe honestly, title di atas bukan untuk buat gempak tau tapi.....memang anda semua kena baca post ni sebab ada news yang best yang Qeela nak bagitau kat semua, especially warga Seremban dan juga yang stay di sekitar Seremban. Serious tak rugi baca, haa scroll lagi bawah yea Qeela explain.

Okay so actually semalam (Rabu, 8 Nov 2017) Qeela attended a press conference untuk Seremban 2 'Fit & Foodie Carnival 2017' di IJM Land Sales Office. Memang best! Turut hadir, special guest for the event ialah Dato' Chef Fazley Yaakob, Masterchef Celebrity Malaysia & Artiste, dan juga Miss Goh Liu Ying, Silver Medalist of the Rio Olympics 2016. 


Semasa ucapan dari Dato' Hoo Kim See, Senior General Manager of IJM Land Berhad (gambar),  beliau ada menerangkan mengenai karnival yang bakal berlangsung tersebut sejurus sebelum merasmikan pelancaran karnival ini bersama-sama dengan special guests kita tadi. So now, as a Serembanian as well, dengan gembiranya Qeela nak share info tu semua dengan you guys!


Gambar-gambar diatas adalah ketika perasmian Pelancaran Karnival oleh special guests kita bersama-sama Senior General Manager of IJM Land Berhad.

Seremban 2 Fit & Foodie Carnival 2017 ini akan diadakan pada 19hb November 2017 (Ahad), bertempat di Seremban 2 Sales Gallery, bermula dari pukul 9 pagi sehingga pukul 6 petang. Karnival ini memang sangat sesuai untuk seisi keluarga dari semua peringkat umur. Pelbagai program menarik diaturkan pada hari karnival tersebut, antaranya :-

1) Meet & Greet with our special guests
- Buat pencinta masakan dan fitness, anda berpeluang untuk berjumpa dengan Dato' Fazley Yaakob dan juga Miss Goh Liu Ying, dimana terdapat demonstrasi masakan, perkongsian skill & tips di samping mengamalkan lifestyle yang sihat, selain perkongsian untuk kehidupan yang sihat dengan cara-cara untuk kurangkan stress dan sebagainya. For me, inilah masanya untuk you guys dapatkan tips terbaik daripada dua icon kita ni kan!

2) Contests
- Pelbagai contest menarik pada hari tersebut yang boleh disertai seperti Ms & Mr Fit Fashion Icon, Best Jazzercise Dance, Colouring Contest untuk kanak-kanak, Recipes Corner contest, selain sesi Lucky Draw up to 30 prizes tau khas buat IJM Land's property buyers! Note that pada 18 & 19 November ini ada promosi istimewa dimana potential buyers boleh dapat extra rebates ketika membeli any of IJM Land's properties, so yes inilah masanya bagi mereka yang tengah searching out for properties tu yea 😁

3) Interesting Stalls etc
- Terdapat pelbagai games stall yang menawarkan free gifts, vouchers, photo booth, fitness activities, giant bubble, balloon clowns, fit & foodie bazaar, oh dear god serious macam-macam yang best boleh kita explore seisi keluarga and I'm sure our kids mesti happy sangat-sangat if dapat pergi ke karnival ni! Jangan tak tahu juga, pelbagai foodtrucks pon ada nanti! As a foodlover, of course, dengar foodtruck je pon dah happy & tak sabar nak pergi kan hehe! Bagi geng-geng yang extreme sikit, no worries, sebab Wall Climbing dan Bungee Run pon ada tau selain Zumba, Jazzercise & Kinetic Cycling. 😁

4) Charity Donations
-  Sambil kita bergembira tu, tidak dilupakan juga pada yang memerlukan. In that case, terdapat 2 jenis donation campaign yang boleh kita sertai di karnival ini, iaitu firstly, Hair Donation campaign - the first in ASEAN dengan collaboration bersama Locks of Hope, in order to provide a platform for public untuk mendermakan rambut mereka untuk dijadikan sebagai rambut palsu buat pesakit kanser. Secondly, kempen menderma darah buat yang memerlukan juga diadakan. So for those yang intend untuk menderma either way, bolehlah berbuat demikian pada hari karnival tersebut. 😊

Well, itulah sedikit sebanyak info yang Qeela nak kongsikan dengan semua berkenaan karnival Fit & Foodie 2017 ni. Macam best kan?! Oh ye before I forget, those yang berminat nak join contest yang ada tu nanti boleh register dulu di IJM Land Sales Office by 10 November ni yea. So yes hurry guys, few days left ni hehe! 

Now ni Qeela share gambar-gambar sepanjang majlis pula. Sorry yea I awal-awal dah selfie dulu dengan special guests 😁







Thank you IJM Land Berhad for the yummy refreshments and goodies. 👍🏿😊

Jangan lupa juga untuk save the date tau, 19 November 2017 di Seremban 2 Sales Gallery! Share info ni kepada semua orang yea, jom ajak ramai-ramai having fun at the carnival nanti! See you guys there insyaAllah! Thanks for reading and may you guys have a lovely week ahead ❤


3 bubblynotes :):

  1. hai awak !! kakak singgah sini.. hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haii kak! yeayy tq singgah sinii 😁 Nanti Qeela terjah blog akk pulak yeaa 😘😘

      Delete
  2. Salam Hi,

    Thanks sudi singgah & follow. Will reciprocate soon!
    All the best for your GA yea ❤

    ReplyDelete

Got something in your mind?
Shout here! :)

QeelaAini:RandomRainbow. Powered by Blogger.

Meet The Author

My photo
A Lifestyle mommy blogger whom into beauty, fashion, parenting, travel, food, motivation, gadget, event/entertainment, health, reviews, and many more! For any collaboration / review / invites / inquiries, feel free to email me at : qeelaaini@gmail.com Thank You!

SushiVids!

They Are The Best!

Total Pageviews

Choose Your Own Language :)

My Page Rank


Live.Life.

Live.Life.